

Hari ini mula mengaji (Al-Quran) setelah lama bercuti. Kali terakhir pada 22 Nov. Lepas mengaji kami sekeluarga pergi ke KLCC. klik, klik, klik ambil gambar... Ibu dan Kak Sakinah. Gambar di ambil oleh ayah.
Dah penat pusing di luar masuk pula ke dalam KLCC Suria makan di McD. Dalam perjalanan balik singgah Bintang Supermarket nak beli barang-barang untuk keperluan rumah dan Kak Wa. Lepas solat Zohor pergi rumah Tok Wan Alia. Hari ini hari ulang tahun Alia yang ke 10. Selamat Ulang Tahun Alia. Kemudian pergi ke Taman Bukit Indah nak jumpa Nur Amalin sebab dia nak balik ke Brunei pada hari esok. Lepas solat Asar kami pergi Ke UKM Bangi kerana menghantar beg Kak Wa dan shopping di Warta Bangi.
