Sunday, May 15, 2011

Majlis Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010

Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) Al-Huda telah mengadakan  Majlis Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010 dan sambutan Maulidurasul 1432H bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Rasmi Jaya. Acara pertama majlis dimulai dengan sambutan Maulidur Rasul. Bacaan qasidah diketuai sendiri oleh Tuan Guru Besar bersama-sama dengan guru-guru sekolah KAFA.
Ketua Guru SAR, En. Mohamad Khairi Bin Hussein sedang memberi ucapan pembukaan majlis menganti Tuan Hj. Abd Aziz Ahmad (Pengerusi SAR) yang tidak dapat hadir.
Nur Nabeeha sedang menerima hadiah Murid Cermerlang daripada kelas 4 Umar.
Persembahan murid-murid turut diadakan iaitu Nasyid, Hafazan dan Terjemahan (gambar kecil), Muhawarah dan pratikal Solat Jenazah berjemaah.